Bergaya Dengan Koleksi Terbaharu MONOLOQ Istimewa Syawal, Rekaan Ringkas & Sofisikated Serlah Keanggunan

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, jenama fesyen tempatan MONOLOQ memperkenalkan koleksi Raya terbaharu dalam sebuah acara eksklusif yang berlangsung di butik mereka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Pelancaran ini memberi peluang kepada para tetamu dan pengunjung untuk menelusuri rekaan musim ini yang menampilkan pendekatan gaya minimal, moden dan versatil. Malah busana MONOLOQ juga sesuai digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan, malah untuk pelbagai acara selepas Syawal.

Dikenali dengan estetika yang bersih dan kontemporari, MONOLOQ terus mengekalkan identiti tersebut dalam koleksi Syawal kali ini. Berbeza dengan busana perayaan tradisional yang sering sarat dengan perincian, koleksi ini menampilkan siluet ringkas, potongan longgar serta fabrik ringan yang memberi keselesaan sepanjang hari.

Pendekatan ini menjadikan setiap helaian bukan sekadar sesuai digayakan pada Hari Raya, malah mudah dipadankan semula untuk gaya harian atau acara semi-formal selepas musim perayaan.

Antara yang mencuri perhatian ialah rangkaian set padanan signature jenama ini, yang menggabungkan blaus dengan seluar atau skirt flowy. Rekaan ini mencipta keseimbangan antara gaya santai dan elegan, sekali gus memberikan sentuhan sofistikated yang masih praktikal.

Dari segi warna pula, koleksi ini menampilkan palet tona lembut dan neutral yang memudahkan padanan dengan aksesori serta gaya peribadi masing-masing.

Dalam masa yang sama, pelancaran koleksi ini turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama jenama tudung tempatan Winnoe, yang terkenal dengan motif artistik dan permainan warna yang menarik.

Koleksi tudung Winnoe menampilkan beberapa rekaan unik seperti Koi, Sakura, Kuntum, Kasturi dan Ornate. Motif-motif ini memberikan sentuhan visual yang lebih ekspresif, sekali gus melengkapkan estetika minimal yang menjadi identiti MONOLOQ.

Gabungan busana moden MONOLOQ dengan tudung bercorak Winnoe menghasilkan keseimbangan gaya yang menarik merupakan antara minimalisme moden dan elemen kreatif yang lebih berani.

Sepanjang acara tersebut, para tetamu juga berpeluang melihat sendiri bagaimana setiap helaian dalam koleksi ini boleh digayakan dalam pelbagai situasi, daripada gaya kasual siang hari sehinggalah penampilan yang lebih kemas untuk majlis rumah terbuka.

Dengan potongan moden, fabrik yang selesa serta kolaborasi bersama jenama tudung tempatan, koleksi Raya MONOLOQ tahun ini menawarkan pilihan busana yang segar buat mereka yang menginginkan gaya perayaan yang ringkas, namun tetap bergaya dan sofistikated.

Leave a Reply

Discover more from KL UPDATE MEDIA

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading