Oleh : Yatt Suboh
Tahniah Maryam dan suami Ryzal Ibrahim Durian Kimchi yang dilantik sebagai Duta ASEAN baharu untuk Makanan K-Halal di Malaysia.
DurianKimchi yang diterajui oleh pencipta kandungan Korea, Maryam You Narae bersama suaminya dari Malaysia, Rizal, semakin dikenali ramai kerana berjaya menghubungkan budaya Korea dan Malaysia menerusi kandungan berteraskan kekeluargaan, pengalaman makanan Korea halal serta penceritaan pelbagai budaya.

Duta ASEAN Makanan K-Halal di Malaysia
Majlis pengumuman yang berlangsung di One Utama menghimpunkan wakil media, rakan industri, pempengaruh serta orang ramai bagi meraikan masa depan K-Halal Food di Malaysia dan rantau ASEAN.

“Semuanya bermula dengan sebuah Vlog “Lapar” di dapur kecil rumah kami dan kini siapa sangka ke pentas antarabangsa.
Laungan “Duriankimchi” tadi menjadi satu kebanggaan dua negara yang bukan saja menyatukan kami, malah budaya, makanan dan pakaian.
Jutaan terima kasih @kfoodatmy merealisasikan impian ini, tanggungjawab ini sungguh besar untuk kami galas, tidak akan kami sia-siakan penghargaan ini,” kata Ryzal.












Leave a Reply