Me-Time Hujung Minggu, Tenangkan Fikiran Dengan Seni Mozek

Ada waktunya, kita tidak perlukan percutian jauh atau perjalanan yang panjang untuk berehat seketika. Cukup dengan beberapa jam untuk keluar daripada rutin, berada dalam suasana yang nyaman dan melakukan sesuatu yang membuatkan fikiran terasa lebih lapang.

Kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu yang santai tetapi tetap memberi pengalaman baharu, apa kata singgah ke Peace Garden Cafe, Sungai Buloh untuk mencuba Mosaic Art Workshop?

Bukan sekadar menghasilkan karya seni, pengalaman ini memberi peluang untuk kita memperlahankan langkah dan menikmati masa untuk diri sendiri.

Menyusun kepingan, tenangkan fikiran Mosaic Art mungkin kelihatan seperti aktiviti yang memerlukan ketelitian, tetapi di situlah letaknya daya tarikannya.

Sepanjang workshop, peserta akan melalui sendiri setiap proses menghasilkan karya mozek, bermula daripada mereka bentuk, memotong dan menyusun kepingan, melekatkannya satu demi satu, sehinggalah proses grouting.

Ketepikan Urusan Seharian Yang Sibuk

Tidak perlu tergesa-gesa mengejar hasil. Nikmati sahaja setiap langkah dan biarkan tangan sibuk berkarya.

Ada sesuatu yang cukup menyenangkan apabila kita memberi perhatian kepada perkara kecil. Memilih warna, mencari susunan yang sesuai dan melihat kepingan-kepingan kecil perlahan-lahan membentuk sebuah karya.

Untuk beberapa ketika, urusan kerja, kesibukan harian dan perkara yang bermain di fikiran boleh diketepikan dahulu.

Tak perlu jadi ‘artist’ untuk mencuba. Kalau selama ini anda rasa diri sendiri tidak cukup kreatif untuk menyertai kelas seni, jangan risau.

Hasilkan Karya Istimewa Dengan Sentuhan Tangan Sendiri

Mosaic Art Workshop ini lebih kepada pengalaman mencuba sesuatu yang baharu dan menghasilkan karya dengan tangan sendiri. Tidak perlu terlalu memikirkan sama ada hasilnya sempurna atau tidak.

Yang lebih penting ialah prosesnya. Anda boleh bermain dengan warna, memilih susunan yang disukai dan melihat sendiri bagaimana idea yang asalnya hanya berada dalam kepala akhirnya menjadi sebuah karya yang boleh dibawa pulang.

Malah, mungkin ada rasa puas apabila melihat hasil akhir dan terfikir, “Eh, cantik juga hasil tangan sendiri.”

Selesai berkarya, nikmati pula kehijauan. Pengalaman di Peace Garden Cafe tidak berhenti selepas mosaic siap.

Menariknya, kafe ini berada dalam kawasan nurseri yang dikelilingi pokok dan bunga. Jadi, selepas selesai workshop, bolehlah luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan dan menikmati suasana hijau di sekeliling.

Kalau ada pokok atau bunga yang menarik perhatian, anda juga boleh membelinya untuk dibawa pulang.

Bagi yang gemarkan suasana tenang dan kehijauan, bahagian ini mungkin menjadi antara pengalaman yang paling menyenangkan.

Dalam satu kunjungan, anda dapat menikmati aktiviti seni sambil meluangkan masa dekat dengan alam.

RM120, termasuk makanan dan minuman

Mosaic Art Workshop ini ditawarkan pada harga RM120 seorang.

Menariknya, harga tersebut sudah termasuk makanan, minuman dan sesi workshop.

Jumlah peserta pula dihadkan kepada maksimum 10 orang sahaja. Dengan bilangan yang kecil, suasana workshop tentunya lebih santai dan selesa.

Ia juga sesuai untuk datang bersama sahabat baik, adik-beradik atau mungkin sekadar menikmati sedikit masa berkualiti untuk diri sendiri.

Tiga jam sahaja! Workshop diadakan pada:

Sabtu: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari

Ahad: 3.00 petang – 6.00 petang

Tiga jam mungkin kedengaran singkat, tetapi cukup untuk kita memperlahankan langkah dan memberi ruang kepada diri sendiri.

Kadang-kadang, me-time tidak semestinya perlu dilakukan seorang diri dengan secawan kopi di tangan. Ia juga boleh hadir dalam bentuk aktiviti yang sederhana, bermain dengan warna, membuat sesuatu dengan tangan sendiri dan menikmati proses tanpa terlalu memikirkan kesempurnaan.

Mungkin itulah yang membuatkan pengalaman seperti ini terasa istimewa.

Kita datang untuk mencuba mosaic, tetapi dalam masa yang sama mendapat peluang untuk berehat daripada rutin yang sentiasa bergerak laju.

Jadi, jika hujung minggu nanti anda teringin keluar sekejap, tetapi tidak mahu perjalanan yang terlalu jauh atau aktiviti yang terlalu sibuk, Peace Garden Cafe di Sungai Buloh boleh dipertimbangkan.

Nikmati tiga jam yang berharga, hasilkan sesuatu dengan tangan sendiri, kemudian berjalan-jalan di celah kehijauan.

Leave a Reply

Discover more from KL UPDATE MEDIA

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading