SPIDER UNPLUGGED menggegarkan Megastar Arena Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025. Konsert ini disifatkan sebagai keraian muzik yang cukup dekat dan melambangkan Spider sebagai sebuah kugiran yang unik, tersendiri dan hebat tanah air.
“Konsep unplugged yang dibawakan ini adalah yang pertama kali kami tampilkan bersama Spider. Tentu sahaja hasilnya akan ‘mewah’, tersendiri serta akan menjadi momen terbaik yang pernah disaksikan oleh peminat Spider,” ujar Fandy Alias wakil dari Naga Legend Entertainment.
Buat Spider yang terdiri daripada Tam (vokal), Aie (drum), Iss (bass) dan Pown (gitar), bersetuju dengan Naga Legend Entertainment untuk SPIDER UNPLUGGED di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini adalah sebuah kesepakatan dengan visi dan misi yang sama.












Leave a Reply