Beberapa hari lepas, rakyat negeri Selangor terpaksa berdepan dengan masalah air dek kerana angkara pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran.
Aku tak terlepas terkena tempias dari kes ini. Oleh kerana, notis diberikan agak lewat, aku memang tak membuat persediaan langsung.
Masuk hari kedua, bekalan air yang ada dirumah langsung tiada. Aku dengan rakan serumah dah mati kutu.
Tinggal aku dengan Haziq sahaja. Yang lain semua dah cabut balik kampung. Ada gak yang ‘Check In’. Kalau tak sebab accident haritu, dah lama aku check in.
Haziq? Tak tahu kenapa tiba-tiba dia nak join aku.
Malam tersebut, dalam WhatsApp Group Rukun Tetangga tempat aku tinggal ni kata lori air akan datang pada pukul 2 pagi di taman sebelah tempat aku menginap ni.
Aku dengan Haziq apa lagi. Memang excited la. Sebab kitaorg dah lama tahan berak.
Kami terjaga hampir pukul 3 pagi. Dalam kekalutan, aku dengan Haziq cepat-cepat capai kunci motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.
Kosong..
Hampa…
Punah harapan aku dengan Haziq nak memerut.
Dalam perjalanan pulang, sengaja aku lencongkan motor ikut jalan lain. Mana la tahu lori tu dah bertukar ke kawasan lain. Kami pun tiba memang agak lewat dari masa yang dijadualkan tadi.
Tiba-tiba kitaorang ternampak lampu kenderaan. Tak macam lampu kereta sebab ia tinggi sikit dan agak besar menyala.
Memang tepat sangkaan kitaorang. Lori air. Tapi driver lori tak ada. Mungkin dia pergi minum kot. Lagipun tiada siapa yang beratur pada masa itu.
Selesai aku dan Haziq mengisi botol-botol yang dibawa, datang seorang lelaki bersama sebuah botol.
Aku pandang sekilas pada mamat tu. Dalam fikiran aku, dah terbayang bilik air, tempat termenung lagikan dikenang.
Mamat tu pakai baju putih. tapi yang peliknya, botol dia bawak takde la besar tapi kenapa lama sangat dia ambil air.
Bila kitaorang nak gerak, sekali mamat tu ada dekat tepi pula. Aku dengan Haziq dah pandang-pandang. Aku senyum je la. Malas nak tegur.
Bila lalu tepi mamat tu, baru aku perasan muka mamat tu pucat. Haziq yang bonceng dekat belakang dah start tumbuk-tumbuk belakang aku.
Aku dah agak, mesti ada menda tak kena ni. Atau Haziq dah perasan apa yang aku perasan.
Tup tup, botol air yang Haziq pegang terlepas. Aku automatik terus stop sebab nak ambik balik la botol tu. Terus Haziq meronta..
“Jalan Zal, jalan….” Terjerit-jerit Haziq.
Aku terus cuak, cepat-cepat pecut. Dalam perjalanan balik, aku rasa macam jauh betul rumah kitaorang padahal 5 minit je dari taman sebelah.
Sampai rumah, Haziq terus masuk. Aku pun tak tanya dia apa-apa terus angkut botol-botol yang masih tinggal.
Pagi esoknya, Haziq demam. Aku syak ada menda tak kena.
Bila dia dah ok tu, aku slow talk la dengan dia.
Dia cakap, mamat tu nampak semacam. Masa ambik air, dia bukan pandang pun dekat botol tu. Pandang depan macam pandangan kosong.
Tup-tup masa kitaorang nak balik tu, ada dekat tepi plak.
Time tu dia perasan muka mamat tu pucat je. Bila lalu tepi mamat tu, baru dia perasan yang belakang mamat tu ada darah.
Time tu la botol air yang dia pegang tu jatuh. Bila aku nak stop, dia terperasan plak yang tempat kitaorang parking tadi betul-betul bawah pokok besar berhantu yang memang top kat area taman kitaorang.
Dah macam-macam citer kitaorang dengar pasal pokok tuh.
Ada yang kata, pernah ada orang kena dera dan diikat tekat pokok tu sampai mati.
Dan ada jugak yang kata, ada orang accident tapi ramai tak perasan sebab pohon pokok tu rimbun sangat sampai mencecah bumi.
Tup tup ada bau busuk dan jumpa mayat area pokok tu.
Aku pun baru 2 tahun menyewa area kawasan ni. So far takde lagi la menda pelik terjadi kecuali pada malam tu.
Now air pun dah ada. So tiap kali masuk bilik termenung, aku mesti ingat balik kisah ni.










Leave a Reply