ORANG UTARA MEMANG SEMPOI!

ORANG UTARA MEMANG SEMPOI!

Karnival Jom Heboh (KJH) kembali menggamatkan utara tanah air apabila 350,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sepanjang tiga hari berturut-turut dari 7 hingga 9 November 2025 (Jumaat – Ahad). Edisi kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, cabaran gaya hidup sihat serta persembahan artis popular yang menyerikan suasana penuh warna-warni dan kemeriahan di seluruh lokasi.


Karnival berskala besar anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini terus mengekalkan reputasinya sebagai acara padang paling ikonik negara, kali ini dengan kehangatan yang menyatukan elemen hiburan, riadah dan komuniti. Sepanjang tiga hari, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Drama Sangat, Buletin Challenge, Meet & Greet bersama pelakon TV3 dan personaliti TV9, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Tonton Thrill Rumah Hantu, serta cabaran kecergasan seperti Zumba, Pound Fitness dan Jom Lokal Jam yang menjadi tumpuan ramai.


Oleh itu, kami ingin meminta jasa baik daripada rakan-rakan media untuk menguar-uarkan lagi tentang
KJH Pulau Pinang 2025.

Leave a Reply

Discover more from KL UPDATE MEDIA

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading